ujian, dugaan dan cabaran...
tiga sahabat ini sentiasa mengunjungiku....
kunjungan tiga sahabat ini sering membuatkan aku menangis....
air mata sentiasa mengalir.....
tiga sahabat ini sering menguji kekuatan imanku...
adakalanya, aku berfikir, apa penyebab mereka menggangguku??
kenapa mereka mengunjungiku???
kenapa mereka perlu menjadi sahabatku??
kenapa aku perlu menjadi sahabat mereka...??
apa salahku terhadap mereka sehingga mereka melakukan ini semua...???
aku menangis, menjerit kepenatan...
lalu, aku terlihat sebuah cahaya...
cahaya yang membawaku ke arah yang cerah....
aku bertanya kepada tiga sahabatku itu, 'apakah cahaya itu?'
tiga sahabat itu menjawab, 'itu cahaya keimanan... jika kau berjaya mendapatkan cahaya itu... maka kau telah dianggap berjaya melawan kami....'
aku cuba mendapatkan cahaya itu, namun begitu susah untukku mencapainya...
'kenapa aku tidak dapat mengambilnya??' aku bertanya kepada tiga sahabatmu.
'cuba ambilnya dengan iman di hatimu....'
aku cuba mengambilnya, tetapi masih gagal... aku memandang tiga sahabat itu...
'itu maknanya iman mu masih belum kuat....'
aku menangis sepuas2 hatiku....
'ya allah!!! kau ampunilah hambamu ini....' aku hanya tunduk dan menangis sepuas2nya...
'duhai hamba Allah.... cahaya itu datang ke arahmu....' tiga sahabat itu bersuara. aku mengangkat muka.
cahay itu menhampiriku... aku mengambilnya... 'mengapa cahaya ini datang padaku??'
tiga sahabat itu tersenyum...
'kerana hatimu ikhlas....' tiga sahabat itu berlalu pergi...
aku menangis, menangis dan terus menangis....
'ya Allah.... kau tuhanku.... ampunilah segala dosaku.... kuatkanlah imanku... terangilah hatiku dengan cahaya Mu ya Allah!!...."
semakin kuat ujian, dugaan dan cabaran mendatang....
hadapilah ia dengan ketenangan....
sesungguhnya Dia sedang menguji keimananmu.....................




0 comments:
Post a Comment